Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor,
Blogs ajkkk.bpj2@blogspot.com ini telah dihentikan kemaskini untuk sementara waktu.
Tuan / Puan boleh Like ke FB Jpp Zon Satu Mpku untuk maklumat lanjut sebarang aktiviti.
Harap Maklum.
BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT
Wednesday, January 4, 2017
Wednesday, May 16, 2012
Berbasikal Sambil Beriadah Bandar Pulai Jaya 2
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Di sebalik kesibukan kerja yang mungkin tidak tentu masa, juga tekanan di tempat kerja atau di mana juga, sebolehnya kita dinasihatkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk memberi masa yang secukupnya untuk tujuan riadah. Sebagai menyambut saranan tersebut, sekumpulan penduduk telah menganjurkan aktiviti Berbasikal Sambil Beriadah.
Aktiviti Berbasikal Sambil Beriadah ini berjaya menarik minat setiap peringkat umur baik masih dibangku sekolah atau sudah bekerja. Pihak AJKKK Bandar Pulai Jaya 2 juga dimaklumkan aktiviti Berbasikal Sambil Beriadah ini dan memberi sokongan agar ia memberi contoh kepada masyarakat setempat.
Tujuan aktiviti Berbasikal Sambil Beriadah ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara sesama penduduk serta perpaduan di kalangan berbilang bangsa. Sambil itu juga, aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan para peserta. Ia juga dapat memupuk kesedaran keselamatan terutama di Jalan Raya.
Penduduk di Bandar Pulai Jaya tidak terhad pada apa Bangsa sekalipun dialu-alukan untuk menyertai aktiviti ini. Kelab Berbasikal Sambil Beriadah Bandar Pulai Jaya ini akan diadakan pada SETIAP HARI AHAD, bermula PUKUL 5.00 PETANG. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi pihak penganjur berikut;
Encik Nasharudin
Alamat Rumah: No. 1983, Jalan Pulai Jaya 53
No Tel: 019-7670901
Monday, May 7, 2012
Sekitar Kemeriahan Sambutan Tahun Baru India 2012 Bandar Pulai Jaya 2
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Seperti dimaklumkan sebelum ini, pihak Komuniti India Bandar Pulai Jaya 2 telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Kebudayaan sempena Tahun Baru India 2012 pada hari Sabtu, 5hb Mei 2012. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir kira-kira pukul 11.30 malam.
Majlis Makan Malam dan Kebudayaan sempena Tahun Baru India ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari Komuniti India dengan kehadiran diluar jangkaan. Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur yang dibentuk.
Majlis tersebut juga dihadiri oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada pemimpin dan ketua masyarakat.Antara yang hadir adalah YB Tan Ah Heng, Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Hj Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya, Encik Azman (Ahli Majlis MPKu), Encik AbdulHalim Bin Abdul Aziz( Pengerusi AJKKK Bandar Pulai Jaya 2), Encik Ipin @ Supar Bin Kadis (Pengerusi KRT Bandar Pulai Jaya 2), wakil UMNO, MCA, PPP, MIC dan masyarakat setempat terdiri dari bangsa Melayu dan Cina.
Majlis yang bertemakan Kebersihan, Keindahan, Keceriaan, Keselamatan dan Kejiranan ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Kebudayaan Komuniti India sambilmenikmati juadah makan malam yang disediakan. Tidak lupa juga keperihatinan Jawatankuasa Penganjur yang turut menyediakan makanan Halal untuk orang Islam.
Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Majlis yang dipengerusikan oleh Encik Mohan sambil dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang lain. Pihak penganjur juga ingin berterima kasih kepada pihak yang sudi memberi dorongan dan sumbangan seperti pihak MPKu, AJKKKBPJ2, UMNO BPJ2 dan pemimpin serta penduduk-penduduk yang memberi sumbangan.
Semoga kemeriahan yang terjalin ini dapat dijaga dengan harmoni sesama kejiranan. Berikut gambar-gambar kemeriahan Majllis Makan Malam dan Kebudayaan sempena Tahun Baru India 2012di Bandar Pulai Jaya 2.

Friday, May 4, 2012
SAMBUTAN TAHUN BARU INDIA 2012
Satu Majlis Makan Malam dan Kebudayaan India yang dianjurkan oleh Komuniti India Bandar Pulai Jaya 2 akan diadakan pada tarikh berikut,
Tarikh: 5hb Mei 2012
Hari: Sabtu
Masa: 7:30 Malam - 11:30 Malam
Tempat: Padang Awam di Jalan Pulai Jaya 50
Perbagai acara menarik dianjurkan seperti Tarian India, Nyanyian, "Live Band", "Lucky Draw", Pertunjukan Bunga Api dan lain-lain lagi.
Semua penduduk India di Bandar Pulai Jaya 2 dijemput hadir.
Tema Program:
KEBERSIHAN, KECERIAAN, KEINDAHAN, KESELAMATAN DAN KEJIRANAN
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Pengerusi Komuniti India Bandar Pulai Jaya 2
Encik Chandra Mohan
Alamat Rumah: No. 1896 Jalan Pulai Jaya 52
012-7360274
Setiausaha Komuniti India Bandar Pulai Jaya 2
Encik M. Krishnan
Alamat Rumah: No. 1777 Jalan Pulai Jaya 51
012-7343007
Tuesday, April 17, 2012
Penjelasan Berkenaan Pondok di depan Jalan PJ53
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 mutakhir ini sering dihujani aduan penduduk berkenaan pembinaan sebuah pondok di tanah lapang berhadapan Jalan Pulai Jaya 53. Berikut sedikit penjelasan dari pihak JKKK BPJ2.
...........................................................................
Untuk makluman semua, pihak kontraktor pembinaan Surau Al-Falah membenarkan bangunan Ibu Surau Al-Falah mula digunakan untuk Solat Terawikh pada bulan Ogos 2011. Ini adalah kerana surau sementara yang digunakan sebelum ini dalam keadaan uzur dan tidak mampu untuk menampung jemaah yang datang menunaikan solat. Permohonan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah dan disokong oleh Pejabat Agama Daerah Kulaijaya.
Sehubungan itu, surau sementara tersebut dijadikan stor barangan.Stor barangan ini menyimpan barangan milik Surau, JKKK dan JK Induknya seperti pingan mangkuk, sejadah, karpet, peralatan khemah, meja, kerusi, barangan elektrikal dan lain-lain lagi.
Walau bagaimanapun, pihak JK Surau Al-Falah telah memutuskan untuk merobohkan surau sementara tersebut untuk keselesaan jemaah yang datang bersolat. Pihak JK Surau Al-Falah juga telah memohon fatwa untuk tujuan merobohkan surau sementara dan permohonan tersebut dipersetujui oleh pihak Pejabat Mufti Johor. Justeru, Surau Sementara tersebut dirobohkan (dibuka) dan kayu-kayu telah dipulangkan kepada pemilik yang memberi pinjam sebelum ini.
Oleh kerana, barangan yang disimpan di dalam Surau Sementara tersebut masih tiada tempat untuk disimpan, pihak JKKK, UMNO dan KRT Bandar Pulai Jaya 2 bersetuju secara lisan untuk membina stor sementara di tanah lapang berhampiran Jalan Pulai Jaya 53. Pemilik kayu-kayu dari Surau Sementara yang di"buka" bersetuju untuk menggunakan kayu-kayu miliknya untuk tujuan pembinaan Stor Sementara tersebut.Pihak UMNO Cawangan Bandar Pulai Jaya 2 juga bersetuju untuk menampung kos-kos lain.
Apabila siap kelak, stor tersebut adalah bersifat sementara sehingga stor kekal dapat didirikan di tapak yang lain yang akan dikenalpasti kemudian. Pihak KRT Bandar Pulai Jaya 2 juga ada membuat permohonan untuk mendirikan bangunan kekal di tapak tersebut untuk tujuan kemasyarakatan. Namun, pihak KRT BPJ2 berharap penduduk dapat bersabar sehingga bangunan KRT yang akan didirikan secara kekal siap kelak.
Semasa mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 pada 30hb Mac 2012, pihak KRT melalui Pengerusinya memohon supaya bangunan stor sementara tersebut dirobohkan atau dipindah ke lokasi lain. Ini adalah kerana beliau menerima aduan daripada penduduk terutama penduduk di Jalan Pulai Jaya 53 yang mempersoalkan pembinaan stor sementara tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 memutuskan bangunan stor sementara tersebut dirobohkan. Keputusan ini diambil demi menghormati aduan penduduk terutama penduduk di Jalan Pulai Jaya 53 yang tidak selesa dengan pembinaan stor tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 juga meminta pihak UMNO untuk merobohkan stor sementara tersebut dalam masa terdekat.
Dengan ini, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 berharap semua penduduk dapat menerima keputusan yang telah diambil. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 juga berharap semua pihak tidak membangkitkan lagi perkara berkenaan stor sementara tersebut. Sekiranya ada penduduk yang ingin penjelasan lanjut, sila hubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 sendiri.
Terima kasih kerana memberi perhatian dan aduan kepada pihak kami. Kami di Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 mengalu-alukan sekiranya ada aduan ataupun cadangan untuk dikemukakan kepada pihak kami. Sila hubungi pihak JKKK BPJ2 untuk maklumat lanjut. Jika salah menerima maklumat atau merujuk kepada individu yang salah, terutama berkenaan perkara-perkara yang sensitif, ia mungkin mengakibatkan perpecahan di kalangan penduduk. Di harap semua penduduk dapat memberi kerjasama dengan pihak jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 dan Jawatankuasa Induk yang lain.
Sekian, terima kasih.
Admin web ajkkk-bpj2.blogspot.com
Wednesday, April 11, 2012
HARI PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pada hari ini, 11hb April 2012, merupakan hari yang bersejarah sempena Hari Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14. Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dilantik di kalangan 9 orang Sultan dari Negeri-negeri Melayu.
AJKKK dan JK Induk menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu' Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada hari Rabu, 11hb April 2012.
admin web ajkkk-bpj2
Tuesday, March 27, 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dari pesanan Pengerusi Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai selaku Masjid Induk Bandar Pulai Jaya 2,
Kepada anak-anak Islam Bandar Pulai Jaya 2 yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2011, sila hantarkan nama dan salinan keputusan peperiksaan kepada AJKKK (Encik Abdul Halim Bin Abdul Aziz) dan Tuan Imam Surau Al-Falah (Tuan Johari Bin Zainudin) untuk pertimbangan ANUGERAH KECEMERLANGAN" MASJID INTAN ABU BAKAR'.
Kriteria pemilihan adalah seperti berikut:
UPSR - 6A/5A
PMR - 8A/7A
SPM - 8A/7A
Sekian, Terima Kasih
Admin ajkkk-bpj2@blogspot.com
Monday, March 12, 2012
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
INFO PPSPPA
Perbadanan Pengurusan Sisa Pejal dan Pembersihan Awam telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jun 2008 di bawah Akta Perbadanan Sisa Pejal dan Pembersihan Awam (Akta 673). Perbadanan merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan berperanan untuk menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Penguatkuasaan Akta 672 ini bertujuan untuk menjadikan pengurusan sisa pejal dan pembersihan awam lebih selamat dan cekap demi memastikan alam persekitaran lebih bersih, sihat dan selamat untuk didiami. Perbadanan bertanggungjawab untuk mengawalselia prestasi syarikat konsesi yang telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan iaitu Alam Flora Sdn.Bhd., Environment Idaman Sdn.Bhd. dan SWM Sdn.Bhd dalam membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pejal dan pembersihan awam negara.
Layari laman web rasmi PPSPPA.
Hubungi:
Ibu Pejabat PPSPPA (Kuala Lumpur)
03 2245 9292 / 03 2245 9293
Pejabat PPSPPA Negeri Johor
07 222 6476
Talian Aduan Pengurusan Sisa Pejal dan Pembersihan Awam
1 800 88 7472
Monday, March 5, 2012
Monday, January 9, 2012
Kaunter Bergerak MPKu Penggal Pertama 2012
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Untuk makluman semua penduduk di Bandar Pulai Jaya 2, pihak Majlis Perbandaran Kulaijaya akan mengadakan Kaunter Bergerak pada tarikh dan masa berikut,
Tarikh: 25hb Februari 2012 (Hari Sabtu)
Masa: Pukul 9 pagi hingga 1 petang
Tempat: Surau Al-Falah di Jalan Pulai Jaya 52
Tujuan Kaunter Bergerak ini diadakan adalah untuk memudahkan penduduk di sekitar Bandar Pulai Jaya 2 untuk melunaskan pembayaran Cukai Harta untuk 1/2 tahun pertama (Januari 2012 hingga Jun 2012).
Wednesday, November 9, 2011
Aktiviti Surau Al-Falah di Bulan November 2011
Assalamualaikum,
Kepada penduduk Bandar Pulai Jaya 2 yang dihormati, pihak Surau Al-Falah telah mengorak langkah dengan penganjuran aktiviti-aktiviti penghayatan Islam bermula Bulan November 2011 ini.
Antara aktiviti-aktiviti pada bulan November 2011 adalah.
1. Pada 10hb November 2011, pihak JK Surau Al-Falah akan mengadakan Majlis Solat Hajat (Selepas Solat Maghrib) dan Bacaan Yaasin dan Tahlil (Selepas Solat Isyak) khas untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan juga peperiksaan Darjah Khas (SAKNJ). Semua ahli khariah Bandar Pulai Jaya 2 adalah dijemput hadir.
2. Pada 26hb November 2011, pihak JK Surau Al-Falah juga akan mengadakan Majlis Doa Akhir Tahun 1432 dan Doa Awal Tahun 1433. Majlis bermula sebelum solat Maghrib di Surau Al-Falah. Semua ahli khariah Bandar Pulai Jaya 2 adalah dijemput hadir.
3. Seperti dimaklumkan, Surau Al-Falah adalah bernaung di bawah Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai. Dan, setiap hari rabu, Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai ada mengadakan kuliah Tafsir Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Rifqi. Jemaah dari Surau Al-Falah adalah dijemput hadir.

Sunday, November 6, 2011
Selamat Hari Raya Aidiladha 1432
Assalamualaikum,
Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk beragama Islam. Kepada penduduk yang menunaikan Haji pada tahun ini, kami doakan saudara beroleh Haji Mabrur dan dapat menunaikan Haji dengan sempurna. Kami juga berdoa agar saudara sekalian dapat pulang dengan selamat. Kepada penduduk yang ada mengadakan ibadah Korban samada secara individu ataupun secara kelompok, kami doakan agar ibadah yang dijalankan mendapat rahmat dari Allah SWT. Sama-samalah kita mengambil ikhtibar sejarah disebalik ibadah korban ini. Wallahualam.

Tuesday, November 1, 2011
Risiko Menyebar Fitnah dan Terfitnah
Penyebaran fitnah mudah berlaku
dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kita sebagai pengguna perlu
bijak agar ia disasarkan kepada berbuat kebaikan dan tidak disalahgunakan unuk
membuat fitnah.
Ajaran Islam dengan kaedah yang
amat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap
dengan berita berunsur fitnah. Kewajipan setiap Muslim menghalusi setiap berita
yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang
berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan
fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan bisikan
syaitan musuh kita yang amat nyata dan terjun lolos ke arah dan memfitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai
orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu
lakukan.” (surah Al-Hujurat, Ayat 6)
Tujuan fitnah ialah memburukkan
individu atau kumpulan. Pada masa yang sama perbuatan itu dapat menonjolkan
dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa menbuat fitnah berhubung
rapat dengan dosa sesama manusia. Oleh itu, dosa itu tidak akan diampunkan
Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi kemaafan. Janganlah disangka
perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan atau tiada sebarang
kerugian.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah
menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak
masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering
menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan
menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya
menyebut ‘dengar khabarkan …’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun,
apabila berita tersebarkan seperti berita benar kekadang ditokok tambah lai.
Adab dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang
yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain.
Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak
benar.
Dalam buku Ihya Ulumuddin Imam
Ghazali menulis perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan
kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang
lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Mengenai berita benar dan berita
tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan,
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:”Adakah kamu semua mengetaui apakah ghibah
(mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu
Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mebgenai saudara kamu perkara yang
tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: walaupun saya berkata
perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: “Jika
Kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu
menfitnahnya.” (Hadis Riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan
rahsia orang lain jelas dilarang allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya
bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang lain.” (Surah Al-Hujurat, Ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu
bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian
menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Oleh itu sama-samalah kita
menjauhi dari segala fitnah dan memfitnah yang ianya merupakan cabang penyakit
hati dan ubatnya ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Waallahualam.
Rujukan:
1.
Al-Quran dan Hadis
2.
Buku Ihya Ulumuddin
karangan Imam Ghazali.
Nukilan oleh;
Tuan Johari Bin Zainudin
Imam 1 Surau Al-Falah, Bandar Pulai Jaya 2
Wednesday, October 26, 2011
Deepavalli 2011
Kepada penduduk di Bandar Pulai Jaya 2 yang menyambut Deepavalli, kami bagi pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavalli.
Friday, September 30, 2011
Marhaban 2011 di Bandar Pulai Jaya 2
Sekitar kemeriahan Program Marhaban di Bandar Pulai Jaya 2 yang di adakan di sepanjang bulan Syawal 1432H.
Friday, August 26, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011/1432H
Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum Wrt Wbt..
Kami di pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) BANDAR PULAI JAYA 2 (BPJ 2) ingin merakam ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H kepada semua penduduk beragama Islam di BPJ 2. Ampun dan maaf kami pinta jika ada di antara kami yang menyakiti Zahir dan Batin Tuan/Puan semua sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Semoga kehadiran SYAWAL 1432H ini memberi Sinar Keberkatan yang lebih bermakna kepada kita semua serta mendapat Keredhaan di sisi ALLAH SWT.

IKHLAS DARI KAMI
............................................
PENGERUSI JKKK BPJ 2
SETIAUSAHA JKKK BPJ 2
AHLI JKKK BPJ2
Tuesday, August 16, 2011
Zakat Fitrah @ Bandar Pulai Jaya 2
Assalamualaikum,..
Alhamdulillah, pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah bersetuju untuk melantik Tuan Haji Shamsudin sebagai Amil yang bertugas memungut Zakat Fitrah di Bandar Pulai Jaya 2 ini. Tuan Haji Shamsudin adalah merupakan Pengerusi Surau Bandar Pulai Jaya 1.
Kepada penduduk yang beragama Islam di sekitar Bandar Pulai Jaya 2 yang ingin melunaskan Zakat Fitrah boleh berhubung terus dengan Tuan Haji Shamsudin. seperti diumumkan semasa solat Terawikh sepanjang minggu lepas, Tuan Haji Shamsudin ada membuka kaunter bayaran Zakat Fitrah pada hari Sabtu 13hb Ogos 2011 selepas solat Asar di Surau Al-Falah Bandar Pulai Jaya 2.Tuan Haji Shamsudin juga ada membuka kaunter di Bazar Ramadhan Bandar Pulai Jaya 1 (di jalan Persiaran Pulai Jaya) setiap hari selepas solat Asar.
Harap maklum.

Monday, August 15, 2011
Program Bubur Lambuk 2011
Assalamualaikum,..
Seperti dimaklumkan pada posting Bubur Lambuk @ Bandar Pulai Jaya 2 pada Khamis 4hb Ogos 2011, pihak JK Surau Al-Falah telah menganjurkan program memasak Bubur Lambuk. Program memasak Bubur Lambuk ini bermula seawal jam 9.00 pagi telah mendapat bantuan dari JK Surau Al-Falah dan penduduk setempat. Sebelum itu, penduduk sekitar Bandar Pulai Jaya 2 turut sama menderma dari segi bahan mentah dan juga wang ringgit.
Pada kali ini, pihak penganjur menggunakan 20 kilogram beras serta ramuan asas seperti daging, ikan, sayur campur dan rempah ratus mengikut resepi En. Ramli Bin Awab. Bubur Lambuk yang siap dimasak telah diagihkan selepas solat Asar di Surau Al-Falah. Dalam pada itu, Program memasak Bubur Lambuk kali kedua (untuk bulan Ramadhan) kali ini akan diadakan pada hari Sabtu 20hb Ogos 2011. Penduduk yang berminat untuk memberikan sumbangan boleh menghubungi JK Surau Al-Falah. Berikut kemeriahan sepanjang seharian program itu berlansung.

Subscribe to:
Posts (Atom)