Monday, March 12, 2012

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM



INFO PPSPPA


Perbadanan Pengurusan Sisa Pejal dan Pembersihan Awam telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jun 2008 di bawah Akta Perbadanan Sisa Pejal dan Pembersihan Awam (Akta 673). Perbadanan merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan berperanan untuk menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Penguatkuasaan Akta 672 ini bertujuan untuk menjadikan pengurusan sisa pejal dan pembersihan awam lebih selamat dan cekap demi memastikan alam persekitaran lebih bersih, sihat dan selamat untuk didiami. Perbadanan bertanggungjawab untuk mengawalselia prestasi syarikat konsesi yang telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan iaitu Alam Flora Sdn.Bhd., Environment Idaman Sdn.Bhd. dan SWM Sdn.Bhd dalam membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pejal dan pembersihan awam negara.

Layari laman web rasmi PPSPPA.
http://www.sisa.my/

 
Hubungi:
Ibu Pejabat PPSPPA (Kuala Lumpur)
03 2245 9292 / 03 2245 9293

Pejabat PPSPPA Negeri Johor
07 222 6476

Talian Aduan Pengurusan Sisa Pejal dan Pembersihan Awam
1 800 88 7472

Monday, March 5, 2012

DISKAUN KOMPAUN MPKu SEMPENA BANDAR SELAMAT


Monday, January 9, 2012

Kaunter Bergerak MPKu Penggal Pertama 2012



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

     Untuk makluman semua penduduk di Bandar Pulai Jaya 2, pihak Majlis Perbandaran Kulaijaya akan mengadakan Kaunter Bergerak pada tarikh dan masa berikut,

Tarikh:  25hb Februari 2012 (Hari Sabtu)
Masa: Pukul 9 pagi hingga 1 petang
Tempat: Surau Al-Falah di Jalan Pulai Jaya 52

   Tujuan Kaunter Bergerak ini diadakan adalah untuk memudahkan penduduk di sekitar Bandar Pulai Jaya 2 untuk melunaskan pembayaran Cukai Harta untuk 1/2 tahun pertama (Januari 2012 hingga Jun 2012).

Wednesday, November 9, 2011

Aktiviti Surau Al-Falah di Bulan November 2011

Assalamualaikum,

Kepada penduduk Bandar Pulai Jaya 2 yang dihormati, pihak Surau Al-Falah telah mengorak langkah dengan penganjuran aktiviti-aktiviti penghayatan Islam bermula Bulan November 2011 ini.

Antara aktiviti-aktiviti pada bulan November 2011 adalah.

1.  Pada 10hb November 2011, pihak JK Surau Al-Falah akan mengadakan Majlis Solat Hajat (Selepas Solat Maghrib) dan Bacaan Yaasin dan Tahlil (Selepas Solat Isyak) khas untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan juga peperiksaan Darjah Khas (SAKNJ). Semua ahli khariah Bandar Pulai Jaya 2 adalah dijemput hadir.

2.  Pada 26hb November 2011, pihak JK Surau Al-Falah juga akan mengadakan Majlis Doa Akhir Tahun 1432 dan Doa Awal Tahun 1433. Majlis bermula sebelum solat Maghrib di Surau Al-Falah. Semua ahli khariah Bandar Pulai Jaya 2 adalah dijemput hadir.

3.  Seperti dimaklumkan, Surau Al-Falah adalah bernaung di bawah Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai. Dan, setiap hari rabu, Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai ada mengadakan  kuliah Tafsir Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Rifqi. Jemaah dari Surau Al-Falah adalah dijemput hadir.

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432

Assalamualaikum,

Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk beragama Islam. Kepada penduduk yang menunaikan Haji pada tahun ini, kami doakan saudara beroleh Haji Mabrur dan dapat menunaikan Haji dengan sempurna. Kami juga berdoa agar saudara sekalian dapat pulang dengan selamat. Kepada penduduk yang ada mengadakan ibadah Korban samada secara individu ataupun secara kelompok, kami doakan agar ibadah yang dijalankan mendapat rahmat dari Allah SWT. Sama-samalah kita mengambil ikhtibar sejarah disebalik ibadah korban ini. Wallahualam.


Tuesday, November 1, 2011

Risiko Menyebar Fitnah dan Terfitnah


Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kita sebagai pengguna perlu bijak agar ia disasarkan kepada berbuat kebaikan dan tidak disalahgunakan unuk membuat fitnah.

Ajaran Islam dengan kaedah yang amat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Kewajipan setiap Muslim menghalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan bisikan syaitan musuh kita yang amat nyata dan terjun lolos ke arah dan memfitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (surah Al-Hujurat, Ayat 6)

Tujuan fitnah ialah memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa yang sama perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa menbuat fitnah berhubung rapat dengan dosa sesama manusia. Oleh itu, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi kemaafan. Janganlah disangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan atau tiada sebarang kerugian.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut ‘dengar khabarkan …’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebarkan seperti berita benar kekadang ditokok tambah lai. Adab dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Dalam buku Ihya Ulumuddin Imam Ghazali menulis perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:”Adakah kamu semua mengetaui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mebgenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: “Jika Kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu menfitnahnya.” (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah Al-Hujurat, Ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Oleh itu sama-samalah kita menjauhi dari segala fitnah dan memfitnah yang ianya merupakan cabang penyakit hati dan ubatnya ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Waallahualam.

Rujukan:

1.      Al-Quran dan Hadis
2.      Buku Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali.

Nukilan oleh;
Tuan Johari Bin Zainudin
Imam 1 Surau Al-Falah, Bandar Pulai Jaya 2

Wednesday, October 26, 2011

Deepavalli 2011

Kepada penduduk di Bandar Pulai Jaya 2 yang menyambut Deepavalli, kami bagi pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavalli.