Monday, April 5, 2010

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1431H

     Pada hari Ahad, 28hb Mac 2010, majlis sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh AJKP Surau Al-Falah dengan kerjasama AJKKK dan UMNO Cawangan. Majlis tersebut telah bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di perkarangan tapak surau sementara. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB Datuk Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya, En.Abas Bin Osman, Ketua Kampung Ulu Choh dan S.I Tuan Jasmani Bin Abdullah, Ketua Polis Balai, Balai Polis Kangkar Pulai. 
     Majlis bermula dengan perarakan penduduk sambil berselawat diiringi paluan kompang. Penceramah pada majlis tersebut adalah Ustaz Hanafiah Bin Abdul Razak iaitu wakil dari Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam Johor. Program tersebut diserikan lagi dengan Selawat Marhaban dari jemaah Surau Al-Falah dan persembahan nasyid dari kanak-kanak Bandar Pulai Jaya 2.