Manual Jawatankuasa Penduduk MPKu


MANUAL JAWATANKUASA PENDUDUK MAJLIS PERBANDARAN KULAI

OBJEKTIF
  • Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, bermuafakat dan harmoni di dalam kawasan taman-taman perumahan.
  • Membantu melahir dan mengembeling idea dengan Pihak Berkuasa tempatan melalui semangat perkongsian bijak bagi menghasilkan mutu perkhidmatan dan sistem penyampaian yang berkesan.
  • Meningkatkan keberkesanan perlaksanaan program-program yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Sebagai saluran informasi bagi menyampaikan keperluan dan kebajikan penduduk.
  • Menyokong setiap dasar, program dan hasrat kerajaan supaya dapat difahami dan dihayati oleh setiap penduduk.
  • Mewujudkan suasana bersih, indah, sejahtera dan selamat serta memupuk semangat kekitaan di dalam kawasan taman perumahan.
  • Meyujudkan masyarakat yang positif dan proaktif terhadap program-program dan projek-projek kerajaan.

FUNGSI
  • Mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat setempat.
  • Bekerjasama di dalam memelihara keindahan, keceriaan dan taman-taman perumahan.
  • Mewujudkan susana persekitaran yang selamat di kawasan taman-taman perumahan.
  • Mengenalpasti dan memaklumkan masalah-masalah yang terdapat di dalam kawasan taman-taman perumahan.
  • Mengatasi dan mengawal gejala sosial dengan menerapkan nilai-nilai murni dan budaya hidup sihat di kalangan masyarakat.
  • Menbantu menyampaikan dasar-dasar serta penglibatan masyarakat di dalam melaksanakan program-program dan projek-projek kerajaan.
  • Menggiatkan aktiviti sosial, kesukanan dan kemasyarakatan di kawasan perumahan.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan dan memulihara kebersihan, keceriaan dan kesihatan di kawasan taman-taman perumahan.
  • Memastikan keberkesanan dan penglibatan penduduk tempatan di dalam Program-program Gerak Tumpu anjuran Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Mewujudkan sikap kepunyaan (self-belonging) msyarakat terhadap harta-harta awam.
  • Membantu di dalam menyediakan maklumat asas kependudukan (inventori) di dalam Taman-taman Perumahan.

No comments:

Post a Comment