Sunday, January 16, 2011

Kerja-Kerja Pembaikan Paip Pembentungan di Jalan Pulai Jaya 33

     Pada 31hb Disember 2010 yang lalu, pihak AJKKK yang menerima aduan dari penduduk yang mana berlaku tanah runtuh di persimpangan Jalan Pulai Jaya 33 dan Jalan Pulai Jaya 48. Setelah diselidik, didapati juga terdapat aliran air kumbahan dari lokasi tanah runtuh tersebut. Pihak AJKKK telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak MPKu dan Indah Water Konsortium. Pihak terbabit telah melantik kontraktor untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Jalan di persimpangan Jalan Pulai Jaya 33 telah ditutup untuk kenderaan berat.
     Kerja-kerja pembaikan telah bermula dan didapati paip utama sisa kumbahan telah pecah. Pihak kontraktor yang dilantik telah menggantikan paip yang pecah tersebut. Terima kasih kepada pihak yang melaporkan pemasalahan ini dan juga tindakan pantas pihak berwajib dalam menangani isu ini.



No comments:

Post a Comment