Friday, June 24, 2011

Kaunter Bergerak MPKu



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

     Untuk makluman semua penduduk di Bandar Pulai Jaya 2, pihak Majlis Perbandaran Kulaijaya akan mengadakan Kaunter Bergerak pada tarikh dan masa berikut,

Tarikh:  2hb Julai 2011 (Hari Sabtu)
Masa: Pukul 9 pagi hingga 1 petang
Tempat: Kawasan Permainan di Jalan Pulai Jaya 52

   Tujuan Kaunter Bergerak ini diadakan adalah untuk memudahkan penduduk di sekitar Bandar Pulai Jaya 2 untuk melunaskan pembayaran Cukai Harta untuk 1/2 tahun ke 2 (Julai 2011 hingga Disember 2011).

Monday, June 20, 2011

Mesyuarat Sulung Jawatankuasa Surau Al-Falah

Assalamualaikum,

     Seperti dimaklumkan di posting sebelum ini, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah yang baru dilantik untuk penggal 2011-2013 telah selamat berlangsung pada hari Jumaat, 17hb Jun 2011. Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 malam diadakan di Surau Sementara Al-Falah. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Penggerak Masjid dan Surau Kulaijaya, Haji Hassan, dan Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah.

     Pengerusi Surau Al-Falah, Ustaz Mokhtar Bin Muhammad telah mengendalikan mesyuarat dengan tertib dan semua JK mematuhi adab-adab bermesyuarat. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah penerangan berkenaan fungsi Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah dan fungsi Jawatankuasa Surau Al-Falah, pembentangan penyata akaun Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah, garis panduan perlaksanaan program biro-biro, perbincangan program sepanjang Ramadhan, Marhaban, Nasyid dan lain-lain. Sila rujuk minit mesyuarat yang dicatat oleh Setiausaha Surau Al-Falah, En. Sahrul Nizam Bin Tahir.

     Berikut Senarai lengkap Jawatankuasa Surau Al-Falah Bandar Pulai Jaya 2 untuk penggal 2011 hingga 2013.

Pengerusi:  Ustaz Mokhtar Bin Muhammad
Timbalan Pengerusi: Encik Mohd. Tahzib Bin Othman
Setiausaha: Encik Sahrul Nizam Bin Tahir
Penolong Setiausaha: Encik Shafie Bin Mohd. Esa
Bendahari: Encik Jamian Bin Sayuti
Ketua Biro Pembangunan dan Ekonomi: Encik Mohd. Najib Bin Thamby
Ketua Biro Pendidikan dan Dakwah: Ustaz Khuzaifah Bin Sujak
Ketua Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan: Encik Nur El Qarni Bin Md. Nordin
Ketua Biro Kebersihan dan Keceriaan: Encik Abdul Jalil Bin Hasan
Ketua Biro Pengimarahan Masjid/Surau: Encik Abdul Razak Bin Hamzah
Ketua Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat: Encik Johari Bun Zainudin
Ketua Biro Rakan Muda: Encik Mohd. Rohaizam Bin Mat Rashid
Ketua Biro Hal Ehwal Wanita: Puan Suhaily Binti Ripin
Ketua Biro Keselamatan dan Sukarelawan: Encik Zainudin Bin Mohd Shah
Ketua Biro Pengurusan Aset dan Prasarana Masjid/Surau: Mohamad Noh Bin Mohd. Arpan
Pemeriksa Kira-Kira 1: Encik Zairuddin Bin Abd. Hamid
Pemeriksa Kira-Kira 2: Encik Samsul Anuar Bin Sulaiman

Imam 1: Encik Johari Bin Zainudin
Imam 2: Encik Abdul Razak Bin Hamzah
Bilal: Ustaz Khuzaifah Bin Sujak

Noja 1: Encik Ramli
Noja 2: Encik Zahari

     Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 malam.





Wednesday, June 15, 2011

Notis Mesyuarat JK Surau Al-Falah dan JK Pembinaan Surau Al-Falah

Assalamualaikum,..

Satu mesyuarat sulung akan diadakan oleh Jawatankuasa Surau Al-Falah Bandar Pulai Jaya 2 untuk penggal 2011-2013 bersama Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah Bandar Pulai Jaya 2 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 17hb Jun 2011 (Hari Jumaat)
Masa:  09.00 Malam
Tempat : Surau Sementara Al-Falah, Jalan Pulai Jaya 52, Bandar Pulai Jaya.

Jawatankuasa Surau Al-Falah Bandar Pulai Jaya 2 yang baru dilantik akan dihubungi samada Pengerusi, Ustaz Moktar mahupun Setiausaha, Encik Sahrulnizam untuk makluman kehadiran.

Ahli kariah di sekitar Bandar Pulai Jaya 2 juga dijemput hadir. Bersama kita mengeratkan ukhwah dan dakwah.

Marilah menuju KEMENANGAN (Al-Falah).

Untuk makluman lanjut sila hubungi nama berikut:

1.  Ustaz Moktar, Pengerusi Surau Al-Falah (019-7576476)
2.  Encik Sahrulnizam, Setiausaha Surau Al-Falah (019-7469716)