Monday, June 20, 2011

Mesyuarat Sulung Jawatankuasa Surau Al-Falah

Assalamualaikum,

     Seperti dimaklumkan di posting sebelum ini, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah yang baru dilantik untuk penggal 2011-2013 telah selamat berlangsung pada hari Jumaat, 17hb Jun 2011. Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00 malam diadakan di Surau Sementara Al-Falah. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Penggerak Masjid dan Surau Kulaijaya, Haji Hassan, dan Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah.

     Pengerusi Surau Al-Falah, Ustaz Mokhtar Bin Muhammad telah mengendalikan mesyuarat dengan tertib dan semua JK mematuhi adab-adab bermesyuarat. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah penerangan berkenaan fungsi Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah dan fungsi Jawatankuasa Surau Al-Falah, pembentangan penyata akaun Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah, garis panduan perlaksanaan program biro-biro, perbincangan program sepanjang Ramadhan, Marhaban, Nasyid dan lain-lain. Sila rujuk minit mesyuarat yang dicatat oleh Setiausaha Surau Al-Falah, En. Sahrul Nizam Bin Tahir.

     Berikut Senarai lengkap Jawatankuasa Surau Al-Falah Bandar Pulai Jaya 2 untuk penggal 2011 hingga 2013.

Pengerusi:  Ustaz Mokhtar Bin Muhammad
Timbalan Pengerusi: Encik Mohd. Tahzib Bin Othman
Setiausaha: Encik Sahrul Nizam Bin Tahir
Penolong Setiausaha: Encik Shafie Bin Mohd. Esa
Bendahari: Encik Jamian Bin Sayuti
Ketua Biro Pembangunan dan Ekonomi: Encik Mohd. Najib Bin Thamby
Ketua Biro Pendidikan dan Dakwah: Ustaz Khuzaifah Bin Sujak
Ketua Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan: Encik Nur El Qarni Bin Md. Nordin
Ketua Biro Kebersihan dan Keceriaan: Encik Abdul Jalil Bin Hasan
Ketua Biro Pengimarahan Masjid/Surau: Encik Abdul Razak Bin Hamzah
Ketua Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat: Encik Johari Bun Zainudin
Ketua Biro Rakan Muda: Encik Mohd. Rohaizam Bin Mat Rashid
Ketua Biro Hal Ehwal Wanita: Puan Suhaily Binti Ripin
Ketua Biro Keselamatan dan Sukarelawan: Encik Zainudin Bin Mohd Shah
Ketua Biro Pengurusan Aset dan Prasarana Masjid/Surau: Mohamad Noh Bin Mohd. Arpan
Pemeriksa Kira-Kira 1: Encik Zairuddin Bin Abd. Hamid
Pemeriksa Kira-Kira 2: Encik Samsul Anuar Bin Sulaiman

Imam 1: Encik Johari Bin Zainudin
Imam 2: Encik Abdul Razak Bin Hamzah
Bilal: Ustaz Khuzaifah Bin Sujak

Noja 1: Encik Ramli
Noja 2: Encik Zahari

     Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 malam.





No comments:

Post a Comment