Saturday, July 30, 2011

Majlis Doa Selamat Surau Al-Falah

Assalamualaikum,..

Majlis Doa Selamat

       Bersempena dengan pembukaan bangunan baru Surau Al-Falah, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatam Kampung (JKKK) Bandar Pulai Jaya 2 dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Falah telah menganjurkan Majlis Doa Selamat.
        Antara tetamu kehormat yang hadir adalah YB Datuk Hj Abdul Aziz Bin Sapian selaku Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Nusajaya, Tuan Hj Md. Rofiki Bin Dato' Hj. A. Shamsudin selaku Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulaijaya, , Tuan Haji Mohd. Fahmi Bin Abdul Samad selaku Tuan Kadi Daerah Kulaijaya, Tuan Haji Zaihan Bin Abdul Majid selaku Penghulu Kanan Mukim Kulai-Senai, Encik Abas Bin Osman selaku Ketua Kampung Ulu Choh, Tuan Haji Hassan Bin Mohamad selaku Penggerak Masjid/Surau Daerah Kulaijaya.
Majlis Doa Selamat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Surau Al-Falah, Ustaz Mokhtar Bin Mohamad sementara Encik Johari Bin Zainudin selaku Imam 1 Surau Al-Falah memimpin Bacaan Doa Selamat.
        Alhamdulillah, penduduk beragama Islam telah hadir beramai-ramai untuk sama-sama bersolat jemaah Maghrib yang kemudian diikuti dengan doa selamat. Semua hadirin kemudian menjamu selera dengan sedikit juadah selepas Solat Isyak.








Monday, July 25, 2011

Gotong-Royong Pembersihan Surau Al-Falah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada hari Ahad, 24hb Julai 2011, Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah telah mengadakan satu gotong-royong kecilan untuk membasuh ibu surau baru Surau Al-Falah. Aktiviti gotong-royong ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada penduduk beragama Islam sekitar Bandar Pulai Jaya 2. Untuk makluman, surau baru ini akan boleh digunakan pada bulan ramadhan ini dan seterusnya. Pihak berwajib telahpun memberi kelulusan sementara untuk ibu surau digunakan. Pihak JK Surau Al-Falah juga akan mengadakan Majlis Doa Selamat di surau baru pada hari Jumaat, 29hb Julai 2011 iaitu selepas Solat Margrib. Semua penduduk beragama Islam dijemput hadir bersama-sama. Namun begitu pihak JK Pembinaan Surau Al-Falah dan JK Surau Al-Falah masih mengalu-alukan sumbangan derma untuk dana pembinaan Surau Al-Falah dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan selepas ini. Berikut suasana gotong-royong yang dijalankan pada pagi Ahad. Terima Kasih kepada semua penduduk yang menjayakan aktiviti ini juga kepada penyumbang makanan dan minuman. Turut hadir sama kontraktor pembinaan Surau al-Falah.




















Saturday, July 23, 2011

Majlis Perasmian Rakan 3K MPKu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

  1. Pada 22hb Julai 2011, pihak AJKKK telah menerima jemputan daripada pihak Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu) untuk Majlis Perasmian Rakan 3K MPKu.
  2. Majlis ini diadakan di Dewan Putra, Bandar Putra Kulaijaya telah bermula pada pukul 9.00 malam.
  3. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah EXCO Kerajaan Negeri Johor iaitu YB Datuk Hj. Ahmad Zahri Bin Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, kerjaraya & Kemudahan Awam Negeri Johor dan YDP Maklis Perbandaran Kulai Jaya, Tuan Hj. Mohd. Rafiki Bin Hj. A. Shamsudin.
  4. Di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Pulai Jaya 2 turut menerima Sijil Penghargaan selaku Rakan 3K MPKu.
  5. 3K adalah membawa maksud Kebersihan, Keindahan dan Keceriaan.













Monday, July 18, 2011

Notis Mesyuarat AJKKK Bandar Pulai Jaya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pihak AJKKK Bandar Pulai Jaya 2 akan mengadakan mesyuarat kedua AJKKK pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh:  21hb Julai 2011 (Hari Khamis)
Masa:  Jam 9.00 Malam
Tempat:  No. 1768, Jalan Pulai Jaya 51 (di rumah Encik Abdul Halim)

Semua Pengerusi atau Ketua Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada KRT BPJ2, JK Surau Al-Falah BPJ2 dan JK UMNO Cawangan BPJ2 dijemput hadir.

Turut diundang, Ahli-ahli Jawatankuasa Bandar Pulai Jaya 2.

Harap Maklum.

SU AJKKK

Sunday, July 10, 2011

JK Pembangunan Surau Al-Falah dan JK Surau Al-Falah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada seluruh penduduk BPJ 2.
Saya berharap penduduk di BPJ 2 ini berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya..
TAHNIAH di ucapkan kepada mereka yang terpilih di dalam JAWATANKUASA(JK) SURAU AL-FALAH. Saya berharap agar mereka yang terpilih ini dapat menjalankan tugas dan amanah yang dberikan. Walaupun tugas mereka ini tidak berbayar (bergaji), saya berharap JK Surau AL-FALAH ini akan memberi komitmen kepada tugas mereka. Uruskanlah tugas anda semua dengan keikhlasan dan yang penting setiap tugasan itu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Janganlah gunakan jawatan yang ada itu untuk kepentingan individu atau pertubuhan yang boleh menyebabkan, pertelingkahan dan perpecahan kariah. Saya mendoakan agar JK Surau AL-FALAH yg dipengerusikan oleh Ustaz Mokthar dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan ini dengan jayanya yang berkuatkuasa pada tahun 2011-2013.. Insya-ALLAH...
Untuk makluman penduduk yang beragama Islam di BPJ 2 ini, buat masa ini terdapat 2 Jawatankuasa di dalam pentadbiran Surau AL-FALAH. JK yang dimaksudkan ini adalah JK Surau AL-FALAH & JK Pembinaan Surau AL-FALAH. Kedua-dua pentadbiran ini adalah berbeza. JK Surau AL-FALAH ini mentadbir segala pengurusan & aktiviti agama kepada surau yg sedia ada & surau yg baru nti, serta membantu JK Pembinaan Surau Al-Falah mencari dana utk pembinaan surau yg baru. JK Pembinaan Surau Al-Falah pula lebih fokus kepada pengurusan (pentadbiran kertas kerja), mencari dana serta memantau kemajuan kerja-kerja pembinaan. Setelah surau yg kekal siap nanti JK Pembinaan Surau Al-Falah akan dibubarkan. JK Surau AL-FALAH pula akan meneruskan pentadbiran yang berkuatkuasa pada 2011-2013 (1 penggal). Saya berharap agar tuan-tuan & puan-puan dapat memahami serba sedikit penjelasan saya ini. Sekiranya tuan-tuan & puan-puan ingin penjelasan lanjut,silalah hubungi saya atau SU AJKKK. Sekian, terima kasih.
Wassalam...

AJKKK Bandar Pulai Jaya 2
Abdul Halim Bin Abdul Aziz