Monday, November 1, 2010

PROGRAM MARHABAN @ BPJ2

    Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah telah menganjurkan majlis Marhaban. Program Marhaban yang memasuki tahun ketiga diadakan di Bandar Pulai Jaya 2 ini telah melantik En.Khairulzamri sebagai Penyelaras Program.
    Tujuan Program Marhaban ini diadakan adalah untuk saling kenal-mengenali sesama penduduk dan juga saling maaf-memaafi sekiranya ada salah dan silap samada disengajakan atau tidak, secara perbuatan atau pertuturan di kalangan penduduk di Bandar Pulai Jaya 2 ini. Program Marhaban ini juga bertujuan untuk mengutip sumbangan derma pembinaan Surau Al-Falah. Menurut Penyelaras Program, En.Khairulzamri, pembinaan Surau Al-Falah telah memasuki fasa 30% dan masih memerlukan sumbangan derma penduduk atau pihak luar yang berminat.
    Program Marhaban tersebut dijalan di sebelah malam selepas solat Isyak yang bermula pada 27hb September 2010 telah bermula di Jalan Pulai Jaya 48 sehingga ke Jalan Pulai Jaya 55 serta mengikut kesudian jemputan ketua rumah atau wakil kejiranan yang berminat. Tidak kira program tersebut diadakan di rumah penduduk atau wakil kejiranan yang mengambil bahagian, suasana program telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di Bandar Pulai Jaya 2.
    Berikut gambar-gambar kemeriahan Program Marhaban yang diadakan di wakil kejiranan Jalan Pulai Jaya 51.
 
 










No comments:

Post a Comment