Wednesday, May 16, 2012

Berbasikal Sambil Beriadah Bandar Pulai Jaya 2



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

     Di sebalik kesibukan kerja yang mungkin tidak tentu masa, juga tekanan di tempat kerja atau di mana juga, sebolehnya kita dinasihatkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk memberi masa yang secukupnya untuk tujuan riadah. Sebagai menyambut saranan tersebut, sekumpulan penduduk telah menganjurkan aktiviti Berbasikal Sambil Beriadah.
     Aktiviti Berbasikal Sambil Beriadah ini berjaya menarik minat setiap peringkat umur baik masih dibangku sekolah atau sudah bekerja. Pihak AJKKK Bandar Pulai Jaya 2 juga dimaklumkan aktiviti Berbasikal Sambil Beriadah ini dan memberi sokongan agar ia memberi contoh kepada masyarakat setempat.
     Tujuan aktiviti Berbasikal Sambil Beriadah ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara sesama penduduk serta perpaduan di kalangan berbilang bangsa. Sambil itu juga, aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan para peserta. Ia juga dapat memupuk kesedaran keselamatan terutama di Jalan Raya.
     Penduduk di Bandar Pulai Jaya tidak terhad pada apa Bangsa sekalipun dialu-alukan untuk menyertai aktiviti ini. Kelab Berbasikal Sambil Beriadah Bandar Pulai Jaya ini akan diadakan pada SETIAP HARI AHAD, bermula PUKUL 5.00 PETANG. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi pihak penganjur berikut;

Encik Nasharudin
Alamat Rumah: No. 1983, Jalan Pulai Jaya 53
No Tel: 019-7670901

Monday, May 7, 2012

Sekitar Kemeriahan Sambutan Tahun Baru India 2012 Bandar Pulai Jaya 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

     Seperti dimaklumkan sebelum ini, pihak Komuniti India Bandar Pulai Jaya 2 telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Kebudayaan sempena Tahun Baru India 2012 pada hari Sabtu, 5hb Mei 2012. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir kira-kira pukul 11.30 malam.
     Majlis Makan Malam dan Kebudayaan sempena Tahun Baru India ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari Komuniti India dengan kehadiran diluar jangkaan. Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur yang dibentuk.
     Majlis tersebut juga dihadiri oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada pemimpin dan ketua masyarakat.Antara yang hadir adalah YB Tan Ah Heng, Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Hj Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya, Encik Azman (Ahli Majlis MPKu), Encik AbdulHalim Bin Abdul Aziz( Pengerusi AJKKK Bandar Pulai Jaya 2), Encik Ipin @ Supar Bin Kadis (Pengerusi KRT Bandar Pulai Jaya 2), wakil UMNO, MCA, PPP, MIC dan masyarakat setempat terdiri dari bangsa Melayu dan Cina.
     Majlis yang bertemakan Kebersihan, Keindahan, Keceriaan, Keselamatan dan Kejiranan ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Kebudayaan Komuniti India sambilmenikmati juadah makan malam yang disediakan. Tidak lupa juga keperihatinan Jawatankuasa Penganjur yang turut menyediakan makanan Halal untuk orang Islam.
     Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Majlis yang dipengerusikan oleh Encik Mohan sambil dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang lain. Pihak penganjur juga ingin berterima kasih kepada pihak yang sudi memberi dorongan dan sumbangan seperti pihak MPKu, AJKKKBPJ2, UMNO BPJ2 dan pemimpin serta penduduk-penduduk yang memberi sumbangan.
     Semoga kemeriahan yang terjalin ini dapat dijaga dengan harmoni sesama kejiranan. Berikut gambar-gambar kemeriahan Majllis Makan Malam dan Kebudayaan sempena Tahun Baru India 2012di Bandar Pulai Jaya 2.










Friday, May 4, 2012

SAMBUTAN TAHUN BARU INDIA 2012


Satu Majlis Makan Malam dan Kebudayaan India yang dianjurkan oleh Komuniti India Bandar Pulai Jaya 2 akan diadakan pada tarikh berikut,

Tarikh:  5hb Mei 2012
Hari:     Sabtu
Masa:    7:30 Malam - 11:30 Malam
Tempat: Padang Awam di Jalan Pulai Jaya 50

Perbagai acara menarik dianjurkan seperti Tarian India, Nyanyian, "Live Band", "Lucky Draw", Pertunjukan Bunga Api dan lain-lain lagi.

Semua penduduk India di Bandar Pulai Jaya 2 dijemput hadir.

Tema Program:
KEBERSIHAN, KECERIAAN, KEINDAHAN, KESELAMATAN DAN KEJIRANAN

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Pengerusi Komuniti India Bandar Pulai Jaya 2
Encik Chandra Mohan
Alamat Rumah: No. 1896 Jalan Pulai Jaya 52
012-7360274

Setiausaha Komuniti India Bandar Pulai Jaya 2
Encik M. Krishnan
Alamat Rumah: No. 1777 Jalan Pulai Jaya 51
012-7343007