Monday, May 7, 2012

Sekitar Kemeriahan Sambutan Tahun Baru India 2012 Bandar Pulai Jaya 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

     Seperti dimaklumkan sebelum ini, pihak Komuniti India Bandar Pulai Jaya 2 telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Kebudayaan sempena Tahun Baru India 2012 pada hari Sabtu, 5hb Mei 2012. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir kira-kira pukul 11.30 malam.
     Majlis Makan Malam dan Kebudayaan sempena Tahun Baru India ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari Komuniti India dengan kehadiran diluar jangkaan. Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur yang dibentuk.
     Majlis tersebut juga dihadiri oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada pemimpin dan ketua masyarakat.Antara yang hadir adalah YB Tan Ah Heng, Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Hj Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya, Encik Azman (Ahli Majlis MPKu), Encik AbdulHalim Bin Abdul Aziz( Pengerusi AJKKK Bandar Pulai Jaya 2), Encik Ipin @ Supar Bin Kadis (Pengerusi KRT Bandar Pulai Jaya 2), wakil UMNO, MCA, PPP, MIC dan masyarakat setempat terdiri dari bangsa Melayu dan Cina.
     Majlis yang bertemakan Kebersihan, Keindahan, Keceriaan, Keselamatan dan Kejiranan ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Kebudayaan Komuniti India sambilmenikmati juadah makan malam yang disediakan. Tidak lupa juga keperihatinan Jawatankuasa Penganjur yang turut menyediakan makanan Halal untuk orang Islam.
     Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa Majlis yang dipengerusikan oleh Encik Mohan sambil dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang lain. Pihak penganjur juga ingin berterima kasih kepada pihak yang sudi memberi dorongan dan sumbangan seperti pihak MPKu, AJKKKBPJ2, UMNO BPJ2 dan pemimpin serta penduduk-penduduk yang memberi sumbangan.
     Semoga kemeriahan yang terjalin ini dapat dijaga dengan harmoni sesama kejiranan. Berikut gambar-gambar kemeriahan Majllis Makan Malam dan Kebudayaan sempena Tahun Baru India 2012di Bandar Pulai Jaya 2.










No comments:

Post a Comment